Sunday, 22 July 2012

Choose one of your favourite game, and dissect the game according to its structural elements

       Permainan yang saya gemari dan akan mengisi masa lapang saya ialah 'CHUZZLE DELUXE. Saya memilih permainan ini kerana ia akan membuatkan saya rasa seronok disamping dapat menghilangkan rasa tekanan saya. Selain itu permainannya yang tidak begitu sukar jika dibandingkan dengan permainan seperti 'CALL OF DUTY'. Di samping itu cara permainannya yang  ringkas membuatkan saya lebih menggemari untuk bermainnya dan ditambah pula dengan watak permainan yang menarik seperti berbentuk bulat dengan hanya mempunyai bulu dan mata. Di bawah saya akan sertakan gambar dan huraikan elemen seperti rule, feedback, goal, problems, interection, dan representation.





1) Rules-based

* Permainan ini mempunyai peraturannya yang tersendiri. Peraturannya ialah pemain perlu mengumpul watak di dalam botol ditepi dengan secepet mungkin seperti gambar diatas. Cara untuk mungumpulnya ialah pemain perlu melakukan padanan set warna pada watak sekurang-kurangnya tiga watak.

2) Feedback driven

* Maklum balas dalam permainan ini ialah pemain akan mendapat markah jika dapat melakukan padanan set warna pada watak dan akan ke level seterusnya jika dapat memenuhkan botol tersebut.
* Pemain akan mendapat piala jika dapat menyempurnakan sesuatu tugas dengan sempurna.

3) Goal-Oriented

* Matlamat permainan ini ialah pemain perlu  menyusun set warna yang sama sekurang-kurangnya tiga watak.

4)  Problems

* Masalah kepada pemain ialah pemain perlu menyusun set warna dengan sebaik mungkin agar peamain boleh menyusun semula set warna yang berikutnya. Selain itu, pemain harus menghapuskan watak dengan cepat agar watak tidak dikunci.

5) Interaction

* Dalam permainan ini pemain hanya boleh bermain seorang sahaja maka interaksi  pemain hanya bersama watak-watak di dalam permainan ini. 




No comments:

Post a Comment