Tuesday, 7 August 2012

GROUP WORK


Marble Shooting...
          
              Permainan ‘marble shooting‘ ini adalah sebuah permainan yang di reka bentuk oleh kumpulan kami yang terdiri daripada saya sendiri MUHAMMAD NADZIM BIN HAMZAH bersama MUHAMAD AINZUDIN B. YUSOFF , dimana permainan karom di ubah suai kepada sebuah permainan yang dimainkan dengan menggunakan guli dan sebatang kayu pemukul. Jika ditanya sejarah permainan karom, tiada sesiapa yang tahu bila permainan karom mula dimainkan dan di mana ianya dimainkan. Jadi, kumpulan kami ingin mencungkil rahsia ini dan mengubahnya menjadi sebuah permainan yang di reka bentuk oleh kami. Pemainan ini berasaskan ketajaman minda dan kepekaan terhadap sudut. Permainan ini juga dapat dimainkan secara 2 0rang, 3 orang ataupun 4 orang. Setiap pemain akan diberikan 15 biji guli. Untuk bermain permainan ini, pemain perlu mencabar atau bertaruh sebilangan guli untuk dimasukkan ke dalam lubang di setiap sudut papan permainan. Jadi, pemain hanya boleh mencampak guli supaya masuk ke dalam lubang itu sahaja. Sekiranya pemain boleh memasukkan ke semua guli ke dalam lubang dengan sekali campak, semua guli yang masuk akan  menjadi milik pemain dan bonus diberikan dengan menolak ‘core’ sebanyak 2 kali pada pusingan berikutnya. Seandainya ada sebilangan guli yang tersasar keluar dari lubang itu, pemain  perlu pilih untuk membuangnya dengan cara menolak ‘core’ dengan menggunakan kayu/buloh supaya kena pada guli yang disasarkan.
                               
Peraturan permainan :
ð Diberi sebuah papan permainan ‘board’ yang mempunyai 4 lubang di setiap bucu manakala 15 biji guli kepada setiap pemain
ð Pemain perlu bertaruh biji guli untuk bermain
ð Pemain dikehendaki untuk mencampak guli pertaruhannya ke dalam lubang dihujung papan permainan
ð Pemain boleh memilih mana-mana guli yang terkeluar daripada lubang dan menggunakan kepala guli yang di panggil ‘core’ untuk mendapatkan mana-mana guli tersebut.
ð Oleh itu, pemain perlu menolak core dengan buloh/kayu  sehingga kena pada mana-mana guli tersebut
ð Jika bersentuhan dengan mana-mana guli maka guli tersebut akan menjadi miliknya.
ð Kawasan petak kiri dan kanan pemain merupakan kawasan larangan untuk mendapatkan guli
ð Pemain boleh mendapatkan guli di kawasan larangan dengan cara membuat pantulan ‘core’.

Gol/matlamat :
ð Matlamat permainan untuk memasukkan sejumlah guli yang ditaruhkan ke dalam lubang
ð Untuk menguji tahap kepekaan pemain terhadap situasi yang sukar apabila pemain dikehendaki untuk membaling ‘core’ kepada guli yang dipilih untuk menjadi miliknya
ð Permainan ini mengajar para pemain supaya lebih bijak mengukur sudut ketika ingin membaling ‘core’  kepada guli yang dipilih untuk di buang
ð Menguji kebijaksanaan pemain untuk mendapatkan guli dikawasan petak larangan
  
 Maklum balas :
ð Pemain boleh mendapat kesemua guli yang ditaruhkan oleh semua pemain sekiranya guli yang dibaling itu mengena ataupun bersentuhan pada guli
ð Guli yang dicampak oleh pemain pada pusingan pertama permainan dan masuk ke semua ke dalam lubang akan menjadi milik pemain tersebut
ð Pemainan ini akan di adili oleh seorang pengadil untuk menjaga kawasan larangan, urat dan lubang
ð Pengadil akan memberitahu pemain berapa banyak guli yang telah dapat di campak masuk ke dalam lubang dan pengadil juga berperanan untuk urat permulaan samada ‘salah’ ataupun ‘betul’.

Jenis Interaksi dalam permainan :
ð Interaksi pemain dengan kepala guli ‘core’ yang digunakan untuk membaling sehingga kena pada sasaran guli yang ingin di buang
ð Permainan ini boleh dimainkan secara perseorangan dan melawan pencabar
ð Permainan ini juga memerlukan interaksi antara pemain beregu atau kumpulan dimana pemain perlu bijak berinteraksi untuk mendapatkan guli yang di taruhkan oleh kumpulan pencabar.

Persembahan :
ð Papan permainan ‘board’ yang mempunyai 4 lubang di setiap bucu dan 15 biji guli digunakan oleh pemain dalam permainan ini
ð Sejumlah guli yang di taruhkan perlu dicampak ke dalam lubang pihak lawan
ð Guli yang masuk ke dalam lubang itu adalah ganjaran yang kita akan perolehi.
ð Pemenang akan mendapat ganjaran guli yang ditaruhkan oleh pihak lawan samada seorang, dua atau tiga orang yang bermain.

JALAN CERITA TENTANG PERMAINAN “ MARBLE SHOOTING ” (A STORY/ NARRATIVE THAT REPRESENT THE GAME WORLD):

          Permainan marble shooting ini adalah permainan di mana pemain di beri 15 biji guli setiap seorang pemain untuk dimainkan di atas papan permainan ‘board’. Papan permainan itu mempunyai 4 lubang di setiap buju dimana pemain perlu memasukkan sejumlah guli yang di taruhkan ke dalam lubang. Dadu di jadikan sebagai undian kepada pemain mana yang akan mula terlebih dahulu. Permainan ini dimainkan dengan cara bertentangan iaitu ke arah hadapan sahaja dan pemain tidak boleh memasukkan guli ke dalam lubang di bahagian tepi iaitu kiri dan kanan kerana ianya adalah kawasan larangan bagi pemain. Sekiranya percubaan pertama salah seorang pemain dapat memasukkan ke semua guli yang di taruhkan dengan pencabar, maka kesemua guli tersebut akan menjadi milik pemain itu tersebut. Jika pemain tidak dapat memasukkan kesemua biji guli ke dalam lubang dan hanya sedikit yang masuk, maka pemain perlu menolak kepala guli (core), dengan menggunakan sebatang kayu/buloh supaya kena pada guli yang terkeluar  tersebut. Guli yang tidak masuk ke dalm lubang menjadi rebutan kepada setiap pemain. Pemain boleh mendapatkan guli di kawasan larangan dengan membuat pantulan kepala guli (core) di kawasan petak hadapan.



1 comment:

  1. apakah fungsi permainan ini?boleh awak terangkan kpd sy?

    ReplyDelete